Tonton ‘Sneak Peek’ Filem Animasi Ralph Breaks the Internet

0
39
views

Studio Walt Disney Pictures melancarkan ‘sneak peek’ terbaru filem sekuel  Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The InternetAnda boleh tontonnya di pemain video dibawah.

Dalam sekuel kali ini, Ralph (disuarakan oleh John C. Reilly) telah meninggalkan dunia arked dan mengembara ke dunia internet. Turut menyertainya adalah Vanellope von Schweetz (disuarakan oleh Sarah Silverman). Kedua-duanya mengembara ke dunia internet dengan tujuan untuk mencari alat ganti permainan arked Vanellope, Sugar Rush dilaman sesawang. Ralph dan Vanellope bakal menempuhi dunia baru dan bertemu dengan karakter dunia Internet termasuklah bertemu Yess (disuarakan oleh Taraji P. Henson), yang merupakan pengusaha laman web dan algoritma yang cukup bergaya.

Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet juga bakal menampilkan puteri-puteri Disney dan disuarakan oleh pelakon-pelakon asal seperti Auli‘i Cravalho (Moana), Kristen Bell (Anna dalam animasi Frozen), Kelly Macdonald (Merida dalam animasi Brave), Mandy Moore (Rapunzel dalam animasi Tangled), Anika Noni Rose (Tiana dalam animasi The Princess and the Frog), Irene Bedard (Pocahontas), Linda Larkin (Jasmine dalam animasi Aladdin), Paige O’Hara (Belle dalam animasi Beauty and the Beast) dan Jodi Benson (Ariel dalam animasi The Little Mermaid).

Filem animasi ini akan menemui penonton pada 21 November 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here