Tonton Siri TV Mandatori Pada 14 Disember Ini Di Astro First Eksklusif

0
62
views
Mandatori Ramlee Awang Murshid
Mini siri Mandatori

Setelah Tombiruo diangkat menjadi sebuah filem, kali ini satu lagi karya novelis terkenal tanah air, Ramlee Awang Murshid di ‘live action’ kan. Kali ini dalam versi mini siri dan akan bersiaran di stesen televisyen Astro.

Astro dengan kerjasama Ideate Media (penerbit bersama ‘Tombiruo’) telah mengadaptasikan salah satu novel terkemuka milik Ramlee yang berjudul Mandatori untuk dijadikan sebuah mini siri bertemakan ‘crime-thriller’

Peminat boleh menontonya dengan melanggan Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Disember ini. Mini siri Mandatori akan ditayangkan sebanyak enam episod  dan setiap episod akan berdurasi selama satu jam setiap.

Antara bintang-bintang yang dalam siri ini adalah Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Chong, Iedil Putra, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi.

Trailer Mandatori

Genre : Drama Thriller
Pengarah : Razaisyam Rashid
Idea Asal : Novel Mandatori karya Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Ideate Media
Pelakon : Aeril Zafril, Siti Saleha, Iedil Putra dan Yeop Helmi, Dato  A.Tamimi Siregar, Alvin Wong, Vanidah Imran
Siaran : Astro First
Tarikh Tayang : 14 Disember 2017

Sinopsis

‘Mandatori’ mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati. Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Chong), beliau berkenalan dengan Juliana (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yang berlaku menyukarkan lagi keadaan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here