Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Klip Filem Sicario: Day of the Soldado Yang Mendebarkan


Sony telah melancarkan sebuah klip video yang diambil dari filem terbaru mereka, Sicario: Day of the Soldado. Dalam video tersebut, ia menunjukkan pasukan yang diketuai oleh Matt Graver (Josh Brolin) melakukan operasi menculik Isabela Reyes, anak kepada ketua gangster, Carlos Reyes. Anda boleh tonton video klip tersebut dibawah.

icario: Day of the Soldado, mengisahkan ejen CIA, Matt Graver (lakonan Josh Brolin) dan rakannya Alej andro (Benicio Del Toro) kembali bersatu bagi menghapuskan memerangi penyeludupan dadah di sempadan US dan Mexico. Kini mereka berhadapan dengan misi yang lebih hebat apabila Kartel dadah cuba menyeludup masuk pengganas ke negara US.

Selain Josh Brolin dan Benicio Del Toro, filem ini juga dibintangi Isabela Moner (Transformers: The Last Knight), Jeffrey Donovan (Burn NoticeFargo), Manuel Garcia-Rulfo (The Magnificent Seven, Murder on the Orient Express), dan Catherine Keener (Get OutThe 40-Year-Old Virgin). Emily Blunt tidak kembali dalam filem ini walaupun sekadar watak cameo kerana kisahnya telah tamat dalam filem pertama.

Sicario 2: Soldado diarahkan oleh pengarah Itali, Stefano Sollima dan ditulis oleh Taylor Sheridan. Filem sekuel ini dijadualkan menemui penonton pada 29 Jun 2018


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee