Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Keseraman Sebenar Dalam Trailer Terbaru Insidious: The Last Key


Insidious The Last Key

Universal Pictures dan Sony Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem keempat dalam franchise Insidious yang berjudul Insidious: The Last Key. Adan boleh tonton keseraman maksima dalam video dibawah.

Filem keempat Insidious ini menampilkan Lin Shaye sebagai Dr. Elise Rainier, seorang parapsychologist yang berhadapan dengan entiti jahat yang sangat menakutkan, didalam rumah keluarganya sendiri. Shaye turut disertai oleh pelakon-pelakon lain seperti Angus Sampson, Whannell, Josh Steward Caitlin Gerard, Kirk Acevedo, Javier Botet, Bruce Davison, Spencer Locke, Tessa Ferrer, Ava Kolker dan Marcus Henderson.

Insidious: The Last Key diarahkan oleh pengarah baru iaitu Adam Robitel, Adam merupakan pengarah filem seram The Taking of Deborah Logan. Jason Blum, James Wan dan Oren Peli  bertindak selaku penerbit filem ini, manakala lakonlayar ditulis oleh Leigh Whannell, pencipta bersama franchise Insidious.

Insidious: The Last Key akan mula ditayangkan di pasaran US pada 5 Januari 2018. Sudahkah anda merasai keseraman sebenar?


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee