Tonton ‘Extended Spot’ Ready Player One

0
319
views

Filem Ready Player One semakin hampir ditayangkan dan ramai tidak sabar menonton karya terbaru pengarah Steven Spielberg itu. Terbaru, laman Twitter rasmi filem berkenaan telah melancarkan klip terbaru bagi ‘membakar’ penonton pergi menonton filem berkenaan dipawagam apabila ditayangkan kelak. Anda boleh tonton klip tersebut dibawah.

Ready Player One diarahkan oleh pengarah legenda Steven Spielberg dan dibintangi oleh Tye Sheridan, Olivia Cooke, Hannah John-Kamen, Ben Mendelsohn. Filem berlatarbelakangkan zaman 2045 dimana dunia dalam keadaan kacau bilau. Apabila pencipta dunia realiti maya OASIS mati, penciptanya telah melancarkan video di mana dia mencabar semua pengguna OASIS untuk mencari ‘easter egg’ yang tersembunyi dalam permainannya sebelum kematiannya, Pemenangnya akan memiliki kekayaannya yang cukup banyak

Filem sains fiksyen ini akan mula menemui penonton pada 29 Mac 2018 ini, tak sabar? jangan lupa jadi yang pertama menontonnya di pawagam nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here