Tonton ‘Deleted Scene’ Yondu Dalam Thor: Ragnarok

0
471
views

Banyak babak-babak dipotong dari filem Thor: Ragnarok telah dimuatnaik ke laman Youtube selepas versi blu-ray dan digital filem berkenaan dikeluarkan.

Yang terbaru sebuah babak dipotong filem Thor: Ragnarok telah menampilkan salah seorang karakter popular dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 iaitu Yondu. Pelik bukan Yondu tiba-tiba berada dalam filem Thor: Ragnarok.

Sebenarnya aktor Michael Rooker yang melakonkan watak Yondu hanya ‘singgah’ ke set penggambaran Thor: Ragnarok dan bergurau dengan krew serta pelakon tambahan disitu dengan bertanyakan dimanakah pejabat Kevin dan Lou. Yondu merujuk kepada president Marvel Studio serta naib presidentnya iaitu Kevin Fiege dan Louis D’Esposito. Anda boleh tonton video kelakar tersebut di pemain video dibawah

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here