Tonton Deadpool “Wet on Wet” Teaser Trailer Versi Lego

0
13
views

Rasanya mesti ramai yang sudah tonton teaser trailer rasmi Deadpool 2 yang dikeluarkan 15 November yang lalu. Seperti biasa, teaser trailer filem Deadpool 2 akan menampilkan unsur-unsur humor  apabila ia meniru program televisyen Bob Ross, pelukis terkenal US era 80-an sebagai klip teaser mereka.

Yang terbaru, Huxley Berg Studios telah menghasilkan teaser trailer rasmi filem antihero berkenaan dalam versi Lego. Trailer tersebut telah meniru hampir 100% dari trailer asal dan ianya sangat comel jika anda tonton. Jom tengok klip video trailer Deadpool 2 yang dihasilkan oleh studio berkenaan:   

Deadpool 2 diarahkan oleh pengarah David Leitch yang menggantikan tempat T.J Miller dari filem pertama. Lakonlayar ditulis  Rhett Reese dan Paul Wernick. Antara bintang-bintang filem Deadpool 2 adalah Ryan Reynolds, Morena Baccarin, T. J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, Zazie Beetz, Josh Brolin, dan Jack Kesy.

Sekuel Deadpool yang masih belum mempunyai tajuk ini bakal menemui penonton pada 1 Jun 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here