Tonton Deadpool Menunggang Vespa Dalam Klip Video Dari Filem Deadpool 2

0
163
views

20th Century Fox telah melancarkan klip video dari filem Deadpool 2 yang menunjukan Cable sedang mengejar pasukan X-Force bagi mencari sesuatu. Selain Cable, klip video tersebut juga menampilkan karakter Domino serta Deadpool yang menunggang motor vespa secara melulu. Anda boleh tonton klip video tersebut dipemain video dibawah.

Diarahkan oleh David Leitch, serta ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, Deadpool 2 menyaksikan muka-muka lama dalam filem pertama kembali membintangi sekuel kali ini, antaranya Ryan Reynolds sebagai Deadpool, Morena Baccarin, T.J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, manakala Josh Brolin akan membawakan watak Cable bersama-sama beberapa muka baru iaitu Zazie Beetz, dan Jack Kesy.

Deadpool dan rakan-rakannya akan menemui anda pada 18 May 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here