Tonton Video BTS Tom Cruise Lakukan Aksi Stunt Lompatan ‘HALO’ Dalam Filem MI6: Fallout

0
69
views

Aktor Tom Cruise bukan sahaja terkenal kerana ketampanannya, malah beliau juga terkenal dengan aksi berani matinya dalam melakukan babak lagak ngeri tanpa menggunakan ‘stunt double’. Terbaru, studio Paramount Pictures telah mengeluarkan sebuah video BTS (Behind the scene) filem Mission Impossible 6: Fallout dimana ia menunjukkan aksi Tom Cruise melakukan lompatan HALO (high altitude – low opening) untuk salah satu babak aksi dalam filem tersebut. Anda boleh tonton aksi aktor tersebut dalam pemain video dibawah.

Mission Impossible 6: Fallout diarahkan dan ditulis oleh Christopher McQuarrie. Selain Tom Cruise, ia turut dibintangi oleh Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames bersama-sama beberapa pelakon lain antaranya Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan, Henry Cavill, Angela Bassett, dan Vanessa Kirby.

 Anda boleh saksikan aksi-aksi mendebarkan dalam filem ini apabila ia mula ditayangkan pada 27 Julai 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here