Tomorrow is Another Day (HKAFF 2017) Review

0
134
views

Bahasa: Kantonis
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 April 2018
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Teresa Mo Sun Kwan, Ray Lui, Prudence Liew
Pengarah: Chan Tai Lee

Sinopsis

Demi anak lelakinya yang mengidap autisme, Mrs Wong memilih untuk mendiamkan diri mengenai hubungan sulit suaminya. Tetapi ketibaan perempuan simpanan di rumah mereka menyebabkan suaminya meninggalkan rumah selepas bertengkar. Kini dia ditinggalkan seorang diri menjaga anaknya, jadi dia merancang untuk membalas dendam. Rancangannya kemudian dihidu oleh suri rumah lain.

Ulasan filem

Sebagai seorang wanita, apakah yang akan anda buat apabila dalam menjaga anak yang istimewa pada masa yang sama suami anda curang. Tidak cukup dengan itu, perempuan simpanan suami anda datang mengganggu pula. Filem ini menunjukkan pergelutan emosi pada setiap watak dan meletakkan kita dalam situasi sebenar yang berlaku di reliti kini.

Mrs Wong dan suaminya telah 20 tahun bersama membesarkan anak tunggal mereka yang mengalami autisme. Awal filem kita dapat lihat parut-parut di badan si bapa dan situasi yang berlaku jika anak autisme ini diserang sawan. Secara tidak sedar kita pula memahami betapa perlu bersabar jika ingin membesarkan anak-anak yang istimewa ini. Plot penceritaan filem ini adalah sangat ringkas. Konflik dapat dilihat pada ketika si suami ketahuan mempunyai perempuan simpanan dan keluar dari rumah. Dari situ isu marah, sedih, balas dendam dan kecewa ditunjukkan oleh Mrs Wong.

Beberapa babak komedi dimasukkan bagi meringankan mood filem ini yang gelap. Babak mak mak bergosip memang sinonim di seantero dunia saya rasa. Terdapat tips utama jika anda putus cinta, habiskan masa dengan teman baik anda. Dari segi lakonan memang tidak dapat dinafikan, betapa berkesan lakonan Teresa Mo. Nmaun antara babak yang saya kira terkesan di hati adalah apabila babak si suami di panggil ayah dan dipegang angan pertama kali oleh si anak. Terasa naik bulu roma.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah satu filem yang baik untuk ditonton. Bertepatan dengan bulan autisme yang disambut. Selepas ini berderetan filem seram akan masuk pawagam. Jadi kami #kakimuvee cadangkan filem ini untuk anda.

Rating 7/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here