Tommy Lee Jones Akan Berlakon Dalam Filem Bourne 5

0
252
views

Tommy_Lee_Jones_05

Aktor / penulis Matt Demon dan pengarah Paul Greengrass akan bergabung kembali untuk menghasilkan filem sequel terbaru Bourne. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada musim panas 2016 dengan menampilakan pelakon – pelakon seperti Alicia Vikander dan Julia Stiles (sebagai agen CIA, Nicky Parson dalam filem Bourne sebelum ini).

Selain itu juga, aktor Viggo Mortensen (antara pelakon utama filem The Lord of The Ring) ditawarkan watak antogonis dalam filem ini, tetapi tiada pengesahan rasmi dari pelakon tersebut. Filem terbaru Bourne 5 juga dikatakan memancing pemenang anugerah Oscar, Tommy Lee Jones agar turut terlibat sebagai pelakon dalam pembikinan filem ini.

Media Variety mendedahkan, Tommy Lee Jones bakal membawa watak sebagai pegawai atasan CIA, watak yang pernah dibawa oleh aktor Chris Cooper, Brian Cox dan David Strathairn dalam filem – filem Bourne sebelum ini. Sekiranya aktor veteren tersebut membawa watak tersebut, ini menunjukan beliau akan mengetuai pasukan yang memburu Jason Bourn (Matt Damon), seperti filem – filem sebelum ini.

Bagaimanapun, plot filem tidak didedahkan lagi, jadi kita tidak tahu role play yang akan dibawa oleh aktor tersebut.

bourne-5-matt-damon-script

Selain itu, pihak produksi mahu aktor Viggo Mortensen terlibat dalam pembikinan filem ini, dan sekiranya Mortensen bersetuju berlakon, beliau akan membawa watak pembunuh upahan yang ditugaskan untuk memburu Jason Bourne. Ini bermakna, kita boleh melihat karakter berbeza yang dibawakan oleh bintang The Lord of The Ring ini terutamanya dalam filem – filem aksi

Penglibatan Tommy Lee Jones dalam filem Bourne 5 ini memperlihatkan kebolehan beliau dalam membawa setiap watak lakonannya. Jones dikatakan mampu membawa pelbagai watak dari komedi, aksi sehinggalah drama. Melihatkan dia terlibat dalam projek ini, mengingatkan kita tentang watak U.S Marshall, Sam Gerrard dalam filem The Fugitive, lakonan mantap Jones dalam filem tersebut membuatkan dia memenangi anugerah Oscar. Malah dalam filem ini kita bakal melihat bagaimana Jones memburu Bourne yang merupakan hero dalam filem siri Bourne.

Filem Bourne 5 (Tajuk rasmi tidak diumumkan lagi) akan menemui penonton pada 29 July 2016

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here