Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Tombiruo Penunggu Rimba (2017) Review


Saya tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir saya menonton filem tempatan yang penuh dengan aksi-aksi yang begitu “intense” dan mendebarkan. Saya seperti merasakan Tombiruo merupakan filem tempatan pertama yang pernah dihasilkan dengan aksinya yang penuh padat walaupun kita ada filem seperti Bunohan, KL Gangster dan The Malay Chronicles

Jika dulu kita sering berharap agar industri perfileman kita dapat menghasilkan sebuah filem aksi setaraf Hollywood atau sekurang-kurangnya setanding dengan filem The Raid keluaran produksi dari negara seberang.  Kini, kita harus berbangga apabila filem Tombiruo berjaya memenuhi harapan peminat yang mahukan sebuah filem yang padat dengan aksi. Filem arahan bersama diantara Seth Larney dan Nasir Jani ini telahpun memulakan tayangannya pada 12 Oktober yang lalu dengan dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan ramai lagi

Saya berpendapat, kekuatan filem adaptasi karya Ramlee Awang Mursid ini adalah babak aksinya. Secara jujur, adrenaline saya naik secara mendadak setiap kali babak-babak aksi Tombiruo ditunjukkan. Dari pergerakan silat serta aksi ala MMA, score filem yang begitu mendebarkan, efek-efek slow-mo apabila watak-watak dalam filem ini bergasak sesama sendiri, serta “camera movement” dan angle yang begitu cantik hampir membuatkan aksi dalam filem Tombiruo kelihatan hampir sempurna. Cuma aksi fast-motion yang sedikit kartun merencatkan kesempurnaan babak-babak aksi Tombiruo.

Apapun kredit kepada Seth Larney yang mencurahkan kesemua pengalamannya semasa terlibat dalam pembikinan filem-filem blockbuster Hollywood seperti trilogi Matrix, Star Wars, X-Men: Origin ke dalam filem arahannya ini dan menjadikan Tombiruo sebuah filem yang penuh dengan aksi seperti yang kita mahukan.

Selain itu juga, lakonan para pelakon juga bagi saya tidak mengecewakan. Dalam banyak-banyak aktor yang terlibat, saya berani meletakan Farid Kamil sebagai Man of the Match dalam filem ini. Beliau begitu menjiwai karakter Amiruddin serta aksi persilatannya membuatkan saya begitu teruja. Zul Ariffin pula walaupun bertopeng dan jarang melontarkan suara, mampu menghidupkan karakter Ejim melalui Bahasa badannya.  Sebenarnya sukar untuk seseorang pelakon menzahirkan karakter beliau dengan hanya pergerakan badannya sahaja, tapi Zul Ariffin berjaya membuktikan yang beliau bukanlah pelakon yang bersandarkan pada wajah dan dialog semata-mata. Watak Wan Suraya lakonan Nabila Huda juga boleh dianggap ‘ok’ walaupun kadang-kala wataknya sebagai seorang wartawan itu sedikit annoying.


Cuma plot filemnya dilihat sedikit rushing dan CGI efeknya pula agak mirip seperti CGI dalam filem-filem Mamat Khalid, agak ‘kartun’. Saya tidak pernah membaca novel  Tombiruo ini jadi saya tidak tahu perjalanan cerita Tombiruo secara keseluruhan, tetapi saya dapat lihat beberapa plot hole yang membuatkan saya rasa perjalanan cerita filem ini menjadi tidak konsisten sedikit, terdapat beberapa bahagian yang tidak logik dan penceritaan yang sedikit tergesa-gesa terutamanya diawal dan pertengahan perjalanan filem.

Watak dan komplot jahat juga saya dapat agak lebih awal dan walaupun karakter Baizura lakonan Dynas Mokthar dimasukan pada pertengahan filem, ia masih tidak mengubah tanggapan saya siapakah villain sebenar Tombiruo. Bagaimanapun ia tidak menjadi penghalang untuk anda memahami perjalanan filem ini dengan mudah walaupun anda tidak pernah membaca novel karya Ramlee Awang Murshid ini. Cuma ‘element of surprise’ filem ini tiada.

Skor Tombiruo secara keseluruhan sangat menarik dan begitu intense terutamanya yang melibatkan babak-babak aksi. Babak sedih juga begitu menyentuh hati dan berjaya memberi impak kepada feel penonton apabila babak-babak sedih dimainkan.

Secara keseluruhan, walaupun plot filemnya biasa dan CGI yang lemah, tetapi aksi-aksi yang ditonjolkan serta lakonan mantap para pelakon berjaya menutup kelemahan yang terdapat dalam filem Tombiruo. Walaupun tidak mencapai tahap Hollywood yang anda harapkan, bagi saya ia tetap menjadi antara filem aksi ter.. opss… bukan di”antara” tetapi yang terbaik tempatan yang pernah dihasilkan. Kini saya tidak sabar untuk nantikan filem kedua Laksamana Sunan yang bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Tombiruo Penunggu Rimba kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air.

Rating Kakimuvee: 8/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee