Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tomb Raider Reboot: Maklumat Lanjut Mengenai Filem Ini


tomb-raider

Selepas Warcraft dan Assassin’s Creed dihasilkan, satu lagi flem adaptasi dari permainan video akan dihasilkan. Cuma kali ini, ia bukanlah filem baru, tetapi filem reboot Tom Raider. Tom Raider adalah filem arkeologi adventure dan pernah dibintangi oleh pemenang anugerah Oscar, Angelina Jolie yang membawa watak Lara Croft.

Untuk filem reboot ini, bintang filem Ex-Machina akan menggantikan Angelina Jolie sebagai Lara Croft dan filem ini mungkin menceritakan asal usul watak tersebut.

Tomb Raider akan memulakan pengambaran pada awal Januari 2017 dan bakal ditayangkan pada Mac 2018 dengan pengarah filem Roar Uthaug diberi tanggunjawab sebagai teraju utama filem ini, manakala skrip pula akan ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet (Gotham City Sirens) dan karakter antogonis akan dibintangi oleh Walton Goggins.

Menurut laporan My Entertainment World, Tomb Raider akan memulakan pengambaran di beberapa lokasi seperti London dan Afrika Selatan.

Salah seorang penerbit filem itu juga mengesahkan yang filem ini akan mengisahkan apa yang terjadi kepada bapa Lara Croft.


angelina-jolie

Angelina Jolie sebelum ini membintangi 2 filem Tomb Raider, iaitu Lara Croft: Tomb Raider pada 2001 dan sekuel Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life pada 2003. Namun kedua-dua filem tersebut menerima kritikan negatif dari pengkritik filem terutamanya filem pertama. Walaupun mendapat respon negatif, kedua-dua filem tersebut mengutip kutipan Box Office sebanyak $400 juta.

Diharap filem reboot Tomb Raider kali ini dapat menaikan imej filem yang berasaskan permainan video ini selepas Warcraft  dan Assassin’s Creed  gagal untuk mengubah nasib filem tersebut dan terus dihantui dengan sumpahan filem permainan video.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Sekuel Tomb Raider Dibatalkan Selepas MGM Hilang Hak Francais, Tempat Alicia Vikander Mungkin Akan Diganti Dengan Pelakon Baharu

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Filem Terbaru Angelina Jolie “Those Who Wish Me Dead” Lancar Trailer Yang Cukup Mendebarkan

Kakimuvee