Tom Cruise Membayangkan Sequel Edge Of Tomorrow

0
237
views
sumber: www.blastr.com
sumber: www.blastr.com

Semasa ditemubual oleh wartawan MTV semasa hari tayangan filem Mission Impossible: Rogue Nation baru – baru ini, Tom Cruise membayangkan sequel filem sains fiksyen / thriller Edge of Tomorrow dihasilkan tidak lama lagi.

Menurut portal filem Screenrant dan Empireonline, Tom Cruise telah pun berbincang dengan beberapa orang penting yang terlibat dengan pembikinan filem tersebut untuk menghasilkan sequel Edge of Tomorow.

I pitched it to [Christopher] McQuarrie and Doug [Liman],” he revealed of his idea for a sequel. “We were there one night and I was like, ‘I’ve got an idea for it’.” – Tom Cruise

Tom juga membayangkan, Emily Blunt, akan terlibat dalam pembikinan projek terbaru mereka sekiranya idea sequel filem ini berjaya direalisasikan. Cuma semasa temubual tersebut, Tom Cruise tidak mendedahkan lagi maklumat lanjut mengenai pembikinan filem ini.

Emily Blunt - Screenrant.com
Emily Blunt – Screenrant.com

Lagipun, ramai peminat filem ini ternanti-nantikan sequelnya memandangkan ending filem ini kelihatan seperti tergantung. Jadi ramai yang ingin mengentahui bilakah sequel Edge of Tomorrow bakal dihasilkan.

Filem Edge of Tomorow dikatakan gagal kerana keuntungan domestik tidak berjaya mendapat pulangan modal sebanyak $178 juta, sungguhpun keuntungannya dicampur dengan tayang seluruh dunia iaitu agak memberangsangkan iaitu sebanyak $369 juta, pihak produksi Warnes Bros dikatakan tidak berminat untuk meneruskan sequel filem ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here