Tom Cruise bakal berkahwin dengan pembantunya

0
401
views

tom cruise & emily thomas

Aktor Mission Impossible, Tom Cruise dilaporkan akan berkahwin buat kali keempat dengan teman wanita barunya. Sejak beberapa hari yang lalu, berita mengenai Tom Cruise dan teman wanitanya menjadi topik perbualan, apatah lagi, gadis tersebut dikatakan baru berusia 22 tahun.

Teman wanita yang dimaksudkan ialah Emily Thomas, seorang pembantu set penggambaran. Dia dilaporkan berkenalan dengan Tom Cruise pada tahun lalu ketika bertugas di set penggambaran Rouge Nation, filem kelima dalam francais Mission Impossible.

Ramai yang mengambil peluang menyingkap kisah melompat di atas sofa, yang pernah dilakukan Cruise ketika mengakui perasaan cintanya terhadap bekas isterinya sebelum ini.

Lebih menarik, wajah Thomas dikatakan seiras dengan bekas isteri Cruise, Katie Holmes. Selain Holmes, Cruise, 53, sebelum ini pernah berkahwin dengan Mimi Rodgers dan Nicole Kidman.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here