“Tiada Perancangan Untuk Hasilkan Doctor Strange 2” – Benedict Cumberbatch

0
175
views

Pelakon utama filem Doctor Strange, Benedict Cumberbatch mendedahkan beliau tidak tahu menahu tentang status filem kedua superhero sama ada ia akan dihasilkan ataupun tidak. Beliau telah ditanya wartawan mengenai perancangan filem Doctor Strange 2 selepas pelancaran trailer kedua Avengers: Infinity War baru-baru ini.

“Tidak buat masa ini, tidak. perancangan asal sentiasa berubah-ubah, jadi saya tidak dapat membuat spekulasi.”

Dalam trailer terbaru Avengers: Infinity War, terdapat babak dalam trailer tersebut yang telah menimbulkan spekulasi tentang nasib Doctor Strange selepas melihat karakter tersebut ditawan oleh salah seorang ahli kumpulan Black Order.

Sebelum ini, presiden Marvel Studio Kevin Feige mendedahkan filem Doctor Strange 2 akan menjadi salah satu filem yang dirancang dalam fasa 4 Marvel Cinematic Universe berdasarkan kenyataannya yang mahukan filem kedua karakter tersebut dihasilkan.

Jadi kepada peminat filem-filem Marvel, agaknya apakah yang akan terjadi pada Doctor Strange dalam filem Avengers: Infinity War nanti, adakah ia akan selamat atau tidak, jika selamat kita berpeluang menonton filem kedua superhero tersebut dalam fasa 4 nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here