“Tiada Adegan Peluk, Mesej Tak Sampai” – Normashayu

0
412
views

drama melayu sx

Penerbit daripada produksi Pencil Pictures, Datuk Normashayu, menyifatkan tindakan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) menetapkan garis panduan serta larangan untuk babak intim dan juga bersentuhan sebagai tidak masuk akal.

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata jika babak tersebut dipotong, mesej yang hendak di sampaikan sesebuah filem itu tidak sampai kepada penonton.

“Rasa tak masuk akal sebab nama pun filem, kalau kita tidak boleh memuatkan babak seperti ini, itu bukan namanya filem. Macam mana kita nak hasilkan filem kalau mesej yang nak disampaikan tak sampai kepada penonton”

“Saya berfikiran positif dan tidak boleh nak lawan apa yang sudah ditetapkan. Kalau saya boleh lawan, saya akan lawan, tetapi memandangkan saya ini kerdil dalam industri, jadi saya ikut saja apa yang sudah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya lagi, garis panduan tersebut hanya mampu dilaksana pada filem atau cerita bercorakkan Islamik kerana kebanyakan filem tersebut hanya menggunakan bahasa tubuh dan tanpa sentuhan namun memberikan kesan yang mendalam kepada penonton. – Malaysiadigest.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here