Thor VS Hulk, Siapakah Yang Akan Menang?

Antara pertarungan karakter Marvel yang sering menjadi tumpuan adalah pertarungan diantara Hulk dan Thor. Walaupun kedua-duanya merupakan superhero dan anggota Avengers, mereka juga kerap bertarung sesama sendiri dalam beberapa siri keluaran komik Marvel. Malah dalam Marvel Cinematic Universe, kita juga pernah melihat mereka bertarung sesama sendiri iaitu semasa dalam kapal terbang S.H.I.E.L.D dalam filem Avengers yang berkesudahan tiada pemenang.

Terbaru, dalam filem akan datang, Thor: Ragnarok kita akan menyaksikan sekali lagi kedua-dua superhero ini bertarung sesama digelangang gladiator. Perlawanan tersebut bakal menjadi perlawanan epik dalam sejarah filem-filem Marvel Cinematic Universe kerana ia melibatkan pertempuran diantara antara dua superhero.

Sementara  menunggu filem Thor: Ragnarok ditayangkan bulan November ini, mari kita lihat beberapa perlawanan hebat diantara Thor vs Hulk dalam beberapa siri Marvel.

15. The Avengers #3 (1963)

Pertarungan pertama diantara Hulk dan Thor dimana kedua-duanya bertarung didalam keretapi. Dalam pertarungan ini, Hulk dapat melarikan diri serangan Thor, dan Hulk telah mendapat bantuan Namor untuk bertarung dengan Thor. Mereka berdua cuba memisahkan Thor dan Mjolnir nya, tetapi Hulk gagal untuk mengangkat hammer tersebut.

Keputusan: tiada pemenang

14. “Journey Into Mystery” #112 (1965)

Odin telah mengenakan satu magik pada Thor iaitu sekiranya dia tidak memegang Mjolnir lebih daripada seminit, ia akan menukar Thor kepada Dr. Donald Blake. Jadi untuk melihat pemenang diantara Hulk dan Thor, Thor telah meminta Odin menyingkirkan magik tersebut supaya Thor dapat bertarung dengan Hulk dan lihat siapa yang lebih kuat. Bagaimanapun, pertarungan mereka berdua kali ini tidak dapat menentukan pemenang.

Keputusan: Seri

13. The Sub-Mariner #35 (1971)

Thor, Silver Surfer dan Namor The Sub-Mariner telah bergabung dan membentuk the Titans Three. Mereka cuba menghalang experimen “nuclear weather station” oleh United Nation yang dibimbangi akan mengancam Bumi. Tetapi tindakan mereka dihalang oleh Avengers dan ini secara tidak langsung berlaku pertarungan diantara oleh Hulk dan Thor. Hulk hampir dapat menewaskan Thor selepas berjaya memisahkan Thor dan Hammer nya. Tetapi letupan besar yang dilakukan oleh tentera Namor telah menyebabkan fokus Hulk terganggu dan memberi peluang kepada Thor menjatuhkan Hulk dan mendapatkan kembali Mjolnir nya.

Keputusan: Seri

12. Defenders #10 (1973)

Dalam siri komik ini, Hulk telah menyertai Defenders dan dihantar untuk mencari artifak mistik yang dikenali sebagai Evil Eye. Thor turut mencari artifak tersebut. Kedua-duanya telah bertemu dan bertarung sekali lagi. Walaupun kedua-duanya saling berbalas serangan, pemenangnya tidak dapat ditentukan dan berkesudahan seri.

Keputusan: Seri

11. Incredible Hulk #255 (1981)

 

Hulk pada waktu ini telah bertindak ganas dengan membuat kekacauan dan menganggu polis. Tindakan Hulk ini telah menyebabkan Thor bertindak untuk menghentikan kekacauan yang dilakukan oleh Hulk. Pertarungan kali ini memihak kepada Hulk apabila berjaya menumbuk kuat Thor dan memisahkannya dengan Mjolnir sebelum melarikan diri.

Keputusan: Hulk menang

10. Incredible Hulk #279 (1983)

 

Dalam siri ini, ahli Avengers telah berterabur pada zaman-zaman yang berbeza. Hulk dan She-Hulk telah merentas masa ke zaman Viking untuk memujuk Thor supaya mengikuti mereka ke zaman asal. Bagaimanapun, usaha Hulk bertukar menjadi sebaliknya apabila kedua-duanya bertarung. Pertarungan mereka berkesudahan seri apabila Iron-Man bertindak campurtangan.

Keputusan: Seri

9. Incredible Hulk #300 (1984)

Nightmare, musuh kepada Doctor Strange telah mengawal Hulk dan membuat kemusnahan pada bandar New York. Beberapa superhero seperti Spider-Man, the Human Torch, Luke Cage dam Iron Fist, a S.H.I.E.L.D. squadron serta the Avengers cuba untuk menghalang Hulk. Thor telah bertarung dengan Hulk. Pertarungan di berkesudahan seri apabila Doctor Strange turut campur tangan dan menghantar Hulk ke dimensi lain.

Keputusan: Seri

8. Mighty Thor #385 (1987)

Buat pertama kalinya, Thor terpaksa menentang Hulk tanpa Mjolnir ditangannya. Hulk mendapati Thor akan kehilangan kelebihan sekiranya Mjolnir terlepas dari genggaman nya. Ini memberi idea kepada Hulk dalam usahannya menewaskan Thor. Hulk telah menahan wanita sebagai tebusannya, ini membuatkan Thor melepaskan Mjolnir nya. Tindakan Thor memberi peluang kepada Hulk untuk membelasah Thor sehingga berdarah. Bagaimanapun Hulk bertindak melarikan diri selepas Thor berjaya mendapatkan kembali Mjolnir nya. Walaupun tidak dipastikan pemenangnya, kecederaan yang dialami oleh Thor dan kepentingan Mjolnir untuk bertarung dengan Hulk, kita anggap Hulk menang untuk pertarungan kali ini.

Keputusan: Hulk menang

7. Mighty Thor #489 (1995)

Dalam siri ini, Thor terpaksa tinggal di Hel yang diperintah oleh Hela sebagai pertukaran agar Bumi tidak diserang tentera Hela. Rakan Thor telah meminta bantuan Hulk untuk menyelamatkan Thor. Bagaimanapun, Thor enggan diselamatkan kerana tidak mahu Bumi diserang. Ini menyebabkan Hulk terpaksa menggunakan kekerasan, dan pertarungan berlaku. Pertarungan mereka sangat dasyat sehingga memusnahkan istana Hela. Pertarungan mereka terhenti apabila Kurse menawarkan dirinya sebagai pertukaran untuk kebebasan Thor.

Keputusan: Seri

6. Infinity Crusade #4 (1993)

Infinity Crusade adalah komik sekuel kepada Infinity Gauntlet dan Infinity War. Dalam siri ini, Goddess (Personaliti Baik yang disisikan dari badan Adam Warlock) telah menggunakan “Cosmic Egg”  untuk mencipta planet yang dikenali sebagai Paradise Omega. Dia telah “brainwash” beberapa superhero Bumi dan menjadikan mereka sebagai tenteranya. Adam Warlock dan Thanos telah bergabung untuk menghentikan Goddess. Thor memihak kepada Goddess manakala Hulk memihak kepada Thanos. Kedua-duanya telah bertarung, dan ianya pertarungan pertama mereka di angkasa. Hulk menggunakan pakaian angkasa untuk bertarung dengan Thor, tetapi Thor berjaya merosakkan propulsion yang terdapat pada pakai Hulk dan menyebabkan Hulk tidak dapat terbang diangkasa. Dalam pertarungan ini, Thor berjaya menewaskan Hulk.

Keputusan: Thor Menang

5. Incredible Hulk Annual #26 (2001)

Hulk pada waktu ini telah diserang oleh tentera sehingga menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan bandar. Bimbang amukan Hulk akan membahayakan orang awam, Thor telah teleport dirinya dan Hulk ke planet lain dan jauh dari Bumi. Disana, Hulk berjaya membenam Thor ke dalam sebuah bukit, tetapi Thor berjaya melepaskan diri. Thor terpaksa menggunakan kuasa petirnya untuk membuatkan Hulk tidak sedarkan diri dan membawanya balik ke Bumi. Di Bumi, Hulk telah bertukar menjadi Banner sebelum bertukar kembali kepada Hulk. Mereka berdua bertempur sekali lagi. Kedua-dua saling berbalas serangan dan Thor sering menggunakan kelebihan kuasa kilat yang dimilikinya untuk membalas serangan Hulk, manakala Hulk menggunakan kelebihan kekuatan yang ada pada dirinya untuk cuba menumpaskan Thor

Keputusan: Seri

4. Incredible Hulk #440 (1996)

Maestro adalah “dark side” Hulk di masa hadapan. Selepas 100 tahun, bumi dilanda perang Nuklear sehingga menyebabkan sebilangan besar superhero Bumi mati. Dalam siri komik ini, amukan Thor memberikan kelebihan kepadanya untuk bertarung dengan Hulk kerana kekuatannya semakin meningkat apabila mengamuk, Tetapi pertarungan mereka terhenti apabila tentera US telah menyerang mereka dengan menggunakan senjata Nuklear

Keputusan: Seri

3. Fear Itself #5 (2011)

Salah seorang dewa Asgard, Serpent cuba merampas takhta Asgard. Serpent menggunakan 7 Hammers untuk menukar superhero dan supervillain menjadi tenteranya. Dalam komik ini, Thor dan The Thing telah bergabung untuk menumpaskan Thor. Thor berjaya membunuh The Thing tetapi sukar untuk menewaskan Hulk. Thor mengakui agak sukar untuk menewaskan Hulk.

Keputusan: Hulk menang

2. Hulk Smash Avengers #7 & #14 (2012)

Avengers cuba mengawal Hulk selepas dia meninggalkan kumpulan itu. Iron Man, Giant-Man dan Thor cuba untuk mengawal Hulk tetapi gagal. Avengers kemudian mengambil keputusan melibatkan semua superhero untuk mengawal Hulk termasuk Thor. Tetapi Hulk dapat menewaskan mereka semua. Dalam siri ini, Hulk dilihat lebih berkuasa dari Avengers termasuk Thor.

Keputusan: Hulk menang

1, Hulk: Let the Battle Begin (2010)

Siri komik yang menyaksikan kemenangan mutlak Hulk terhadap Thor. Hulk menggunakan Mjolnir untuk menewaskan Thor, tetapi bagaimana, kerana Hulk tidak boleh mengangkat Mjolnir milik Thor? Caranya, Hulk menggunakan tangan Thor yang memegang Mjolnir untuk menumpaskan lawannya itu.

Keputusan: Hulk Menang

 

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *