Thor: Ragnarok Mendapat Respon Positif Dari Pengkritik Filem

Walaupun review filem Thor: Ragnarok belum lagi dikeluarkan dari pengkritik-pengkritik filem, tetapi reaksi yang diterima filem berkenaan dari pemilik-pemilik laman sosial Twitter pengkritik filem cukup memberangsangkan. Rata-ratanya mereka memuji filem terbaru Marvel & Disney yang diarahkan oleh Taika Waititi.

Dengan perubahan drastik yang dilakukan oleh pengarah berkenaan dengan menerapkan elemen-elemen humor, visual yang penuh warna warni serta mengenalkan beberapa watak baru termasuk villain Hela, beliau dan krew produksi berjaya mengubah filem ketiga Thor menjadi lebih menarik dan “fun” untuk ditonton oleh peminat-peminat Marvel dan pengemar filem superhero.

Kebanyakkan mereka memberitahu filem Thor kali ini bukan sahaja penuh dengan aksi malah terdapat banyak babak-babak kelakar. Malah mereka juga memuji lakonan mantap para pelakon terutamannya Cate Blanchett.

Jom kita tengok apa kata mereka mengenai filem Thor: Ragnarok:

Jadi? bagaimana dengan anda? tidak sabar untuk tonton filem Thor: Ragnarok, pada 26 Oktober ini? tunggguuuu….~

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *