Thor: Ragnarok (2017) Review

0
679
views

Taika Waititi bukanlah seorang pengarah yang kerap menghasilkan filem di Hollywood, tetapi setiap kali dia mengarahkan sesuatu filem, pastinya filem-filem arahannya akan mendapat review dan kritik yang cukup positif sama ada dari peminat mahupun pengkritik filem. Atas disebabkan kelebihannya itu, Marvel Studio memberikan tugas kepadanya untuk mengarahkan filem ketiga dalam franchise Thor selepas dua filem Thor sebelum ini iaitu Thor (2011) dan Thor: The Dark World (2013) hanya mendapat review sederhana sahaja dari pengkritik filem.

Hasilnya, Taika Waititi berjaya membawa perubahan kepada filem Thor, bukan sahaja dari segi visual dan penceritaan, tetapi juga dari segi karakter dan mood filem. Boleh dikatakan, Thor: Ragnarok sangat berbeza dari dua filem Thor sebelum ini yang dilihat lebih serius. Filem kali ini dilihat Lebih fun, ringan, santai, kelakar dan penuh dengan ‘comic reference’ baik dari segi karakter dan juga adaptasi komik.

Sebenarnya, Thor: Ragnarok bukanlah memberi fokus usaha Thor untuk menghentikan Hela semata-mata, tetapi dilihat lebih kepada menunjukkan karisma yang sepatutnya ditunjukkan oleh Thor Odinson sebagai ‘Gods of Thunder’. Anda boleh lihat, karakteristik Hela tidak begitu ditekankan dalam filem ini. Hanya beberapa babak sahaja yang menunjukkan kekejaman dan niat Hela yang ingin menguasai Asgard dan Nine Realms yang lain. Tetapi sebaliknya kita dapat melihat transformasi Thor dari seorang hero yang ‘loser’ kerana kemusnahan Mjolnir kepada seorang superhero yang tidak perlu bergantung kepada senjatanya. Perubahan karakter Thor ini penting untuk filem Infinity War yang memerlukan perwatakkan lebih kuat apabila berhadapan dengan Thanos nanti.

Thor: Ragnarok juga tidak menekan ke’serius’san dalam penceritaan filem mereka. Seperti yang kita tahu, Marvel gemar hasilkan filem-filem yang santai, fun dan diselang selikan dengan humor yang mampu membuatkan kita ketawa. Jadi pengarahnya menggunakan formula yang sama dalam filemnya sebelum ini iaitu Hunt for the Wilderpeople dengan cipta humor-humor yang tidak dijangka sehinggakan berjaya membuatkan penonton ketawa. Malah, penceritaan filem ini tidak begitu rumit, berat dan lebih ‘straight foward’, asal usul Hela juga diperkenalkan dengan begitu jelas, cuma perkenalan karakter tersebut kepada penonton tidak begitu dramatik dan yang menariknya, twist siapakah Hela agak mengejutkan bagi mereka yang meminati komik-komik Marvel. Walaupun penonton disajikan dengan babak-babak dan perjalanan cerita yang menarik, terdapat beberapa bahagian dalam filem ini dilihat sedikit bosan.

Antara perubahan lain yang dibawa oleh pengarah dari New Zealand itu adalah dari segi visual dan tona warna. Filem kali ini berat dengan kesan-kesan khas dan juga penuh berwarna warni berbanding filem sebelum ini. Thor: Ragnarok kelihatan seperti sebuah filem sains fikyen era 80-an yang penuh dengan tona warna yang begitu menonjol dan cerah. Malah kesan-kesan khas yang begitu banyak semasa babak-babak aksi membuatkan kita rasa seperti melihat aksi-aksi yang ditunjukkan dalam komik – aksi Thor menentang Hulk serta babak Surtur memusnahkan Asgard antara babak aksi yang bagi saya sangat menarik.

Perubahan pesona karakter-karakter utama dalam filem ini juga bagi sangat menarik. Loki yang asalnya villain berubah menjadi hero yang membantu Thor menewaskan Hela (walaupun kita tahu dia sebenarnya mempunyai muslihat lain), Thor pula menampilkan karakter yang cukup berbeza dari mana-mana filem Marvel sebelum ini – lebih badass dan penuh berkarisma. Cuma saya sebenarnya agak janggal melihat Hulk dapat bercakap dan merajuk – sangat pelik. Karakter baru Valkyrie lakonan Tessa Thompson juga tidak mengecewakan, personaliti dan status sebagai seorang pahlawan Asgard yang telah pupus berjaya mencuri perhatian penonton lebih-lebih lagi kemampuannya berhadapan dengan Hela.

Selain itu juga, skor musik Thor: Ragnarok berjaya merancakkan kemeriahan filem ini. Muzik-muzik latarnya boleh dikatakan agak menarik selepas filem Guardians of the Galaxy. Lagu Immigrant Song dari Led Zeppelin diawal filem sudah memberi gambaran awal kepada penonton bahawa mereka akan disajikan dengan lagu-lagu rancak dan ‘intense’ terutamanya dalam babak-babak aksi, hasilnya, Mark Mothersbaugh berjaya memberi satu ‘feel’ luar biasa kepada penonton dengan skor-skor muzik yang dihasilkan olehnya.

Secara keseluruhan, Thor: Ragnarok memberikan satu kepuasan kepada penonton yang mahukan sebuah filem superhero yang tidak memeningkan dan berat dari segi jalan cerita. Filem ini bukan sahaja mampu membuatkan penonton teruja dengan aksi, visual, skor dan perjalanan filem, malah ia juga berjaya membuatkan penonton terhibur dengan humor-humor yang ditonjolkan. Taika Waititi berjaya dalam usaha berani matinya mengubah konsep filem Thor dari sebuah filem yang serius kepada sebuah filem yang agak ‘fun’ dan meletakkan Thor: Ragnarok antara filem Marvel paling menarik setakat ini.

rating: 9/10

Thor: Ragnarok (2017)

9.1

AKSI / FIGHTING

8.5/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECT

10.0/10

PLOT / CERITA ASAL

9.0/10

VISUAL / PRAKTIKAL EFFEK

9.0/10

LAKONAN AKTOR / KARAKTER

9.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here