The Walking Dead Musim Ke-9 Menjadi Siri Terakhir Buat Watak Rick Grimes

0
33
views

Desas-desus mengenai karakter Rick Grimes dalam siri televisyen terkenal The Walking Dead akhirnya terjawab apabila pelakonnya Andrew Lincoln mengesahkan musim kesembilan adalah musim terakhirnya dalam siri tersebut.

Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa menjadi panel untuk siri televisyen tersebut di konvensyen Comic Con San Diego baru-baru ini.

Bermula dari tahun 2010, karakter Rick Grimes telah berjaya mengangkat nama pelakon tersebut sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah televisyen antaranya Saturn Award dan People’s Choice Award.

“Ini akan jadi musim terakhir saya memegang watak Rick Grimes.Saya sayangkan siri ini, ia amat bermakna buat saya. Saya juga sayangkan mereka yang terlibat membuat dan menontonnya,”

The Walking Dead telah bersiaran sebanyak 115 episod sepanjang lapan musim sejak tahun 2010. Beberapa watak utama telahpun dimatikan sepanjang tempoh tayangan sama ada maut digigit zombie atau mati kita perbalahan diantara kumpulan Rick dan kumpulan-kumpulan antagonis yang lain

Meskipun tiada lagi watak Rick Grimes di kaca televisyen, peminat The Walking Dead masih boleh bersamanya dalam versi komik.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here