The Walking Dead Bakal Difilemkan

0
11
views

Nampak gayanya, tiada tanda-tanda siri televsyen The Walking Dead akan berhenti selepas AMC Networks mengumumkan perancangan untuk mengembangkan siri televisyen itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurut laporan dari Bloomberg, AMC Network bakal menghasilkan beberapa filem dari siri televisyen tersebut dan juga turut menghasilkan siri spin off berdasarkan dari beberapa novel grafik The Walking Dead. 

AMC Network dilaporkan akan berbincang dengan beberapa syarikat media untuk menyertai projek mereka yang akan menelan kos ratusan juta dolar.

The Walking Dead mula disiarkan pada Oktober 2010 dan sejak itu mula menjadi sangat popular sehingga memiliki konvensyennya sendiri iaitu Walker Stalker Con. Siri televisyen itu kini sudah memasukki musim kesembilan yang akan memulakan siaranya pada 7 Oktober ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here