The Secret-Suster Ngesot Urban Legend Akan Ditayangkan Di Malaysia

0
125
views

The Secret-Suster Ngesot Urban Legend, filem seram kontroversi Indonesia bakal ditayangkan di beberapa negara Asia Tenggara.

Sumber dari Wowkeren menyebut, antara negara yang bakal menayangkan filem terbitan dan arahan oleh Raffi Ahmad ini adalah Malaysia, Singapura dan Brunei.

Selain itu, Raffi turut merancang untuk menayangkan filem ini ke negara Hong Kong kerana yakin filem itu akan berjaya berikutan ramai orang Indonesia menetap di sana. Filem ini dibintangi oleh Marshanda, Nagita Slavina, Kanaya, Gleadys, Raffi Ahmad sendiri dan ramai lagi.

Ia berkisarkan tentang seorang gadis bernama Kanaya. Dia telah terlibat dalam satu kemalangan yang mana dia dimasukkan ke sebuah hospital yang menyeramkan. Ketika berada di situ dia mula diserang oleh Suster Ngesot.

The Secret-Suster Ngesot Urban Legend akan mula menemui penonton di seluruh Indonesia bermula 26 April ini.

Terdahulu, filem seram ini mencetuskan kontroversi apabila netizen di sana mengecam teruk filem ini gara-gara dikatakan seperti mempersendakan kerjaya seorang jururawat. Namun perbalahan tidak berlanjutan selepas diperjelaskan bahawa filem ini dihasilkan hanyalah mitos dan bukan berniat mahu mempersenda atau diangkat dari kisah sebenar.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here