The Karate Kid (2010) Deleted Scene – Final Fight

0
556
views

karate kid 2010

Filem The Karate Kid (2010) adalah filem komedi aksi seni bela diri arahan pengarah filem Harald Zwart dan dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Jaden Smith dan Taraji P. Henson. Filem ini diterbitkan oleh ibu bapa Jaden Smith sendiri iaitu Will Smith dan Jada Pinkett Smith dan ia adalah filem ‘remake’ dari versi asal 1984 dan siri kelima filem Karate Kids.

Berbeza dari versi asal, filem ini menampilkan aksi komedi dan aksi dramatik, manakala 95% sesi pengambaran dilakukan negara China. Filem ini mengisahkan Dre, Kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang terpaksa mengikut ibunya berpindah dari Detroit, Michigan ke Beijing, China. Semasa disana, dia telah dibuli oleh rakan sekolahnya, Wang. Mr. Han (Jackie Chan), seorang bekas guru Kung Fu telah mengambil Dre sebagai anak murid memandangkan Dre telah dicabar oleh guru Kung Fu Wang untuk bertanding di pertandingan Kung Fu.

karate10kid21122

Bagi yang sudah menonton filem ini, banyak moral yang boleh dipelajari dari filem ini, malah aksi dramatik dan komedinya juga sangat menarik. Tetapi tahukah anda, selepas pertarungan antara Dre dan Wang, guru kedua-dua anak murid tersebut telah bertarung di gelanggang. Jom kita tengok aksi kedua-dua master dalam Kung Fu ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here