Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

The Great Wall Review


Genre: Epik / Aksi / Historical Fiction
Pengarah: Zhang Yimou.
Penerbit: Thomas Tull, Charles Roven
Penulis Skrip:  Carlo Bernard, Dough Miro, Tony Gilroy
Pelakon: Matt Damon, Jing Tian, Pedro Pascal, Willem Dafoe, Andy Lau
Syarikat Produksi: Legendary East, Le Vision Pictures, Altas Entertainment, China Film Group
Edaran: Universal Pictures, Le Vision Pictures, China Film Group Corporation

Durasi: 104 minit

*Minor spoiler warning

“Tembok Besar China, telah dibina selama 1700 ribu tahun dan merupakan salah satu dari 7 pekara ajaib di dunia Ia menyimpan pelbagai kisah sejarah dan legenda yang tidak diketahui ramai orangdan salah satunya adalah.. “. Itulah babak pengenalan yang ditunjukkan dalam filem epik The Great Wall yang diarahkan oleh pengarah terkenal dan berbakat China, Zhang Yimou.

Pemilihan Zhang sebagai pengarah filem ini adalah satu langkah bijak buat produksi Hollywood, Legendary East dan Le Vision Pictures. Hasilnya filem yang menampilkan hampir kesemua actor-aktor dari negara China kelihatan seperti filem buatan negara tersebut walaupun sebenarnya ia adalah filem dari Hollywood.


Selain itu, penulis-penulis skrip yang hebat seperti Doug Miro dan Tony Gilroy telah membuatkan The Great Wall begitu sempurna jalan ceritanya serta tidak meleret dan tidak juga membosankan. Doug Miro merupakan penulis skrip untuk filem-filem hebat seperti The Great Raid (2005), Prince of Persia: The Sands of Time (2010) & Sorcerer’s Apprentice manakala Tony Gilroy terkenal dengan filem-filem Bourne, Armageddon dan yang terbaru Rogue One: A Star Wars Story.

Tak hairanlah Matt Damon dipilih sebagai pelakon utama dalam filem ini kerana Matt dan Tony sudah biasa bekerjasama dalam filem-filem Bourne.

The Great Wall diibaratkan seperti hasil gabungan filem epic 300, Lord of The Ring dan filem-filem epic dari China dan Hong Kong seperti The Kingdoms: Resurrection of The Dragon dan Red Cliff. Sebagaimana kesan CGi yang begitu hebat dalam filem 300 macam tu anda boleh lihat dalam filem ini. Penuh details dan awesome.

Cinematography pun mengagumkan, penuh kemas dan teratur. Mereka bijak bermain angle-angle dengan begitu kreatif manakala pencahayaan pula sangat sempurna dan kena dengan mood filem. Selalunya filem-filem sebegini kita pasti pening apabila babak-babak aksi dilakukan, tapi The Great Wall kita boleh lihat mereka melakukannya dengan begitu teratur dan jelas, thanks kepada efek slow motion yang mereka buat, sama seperti dalam filem 300.

Oh ye, ini pertama kali kami melihat askar-askar berpakaian berwarna warni dan begitu teratur.

Selain itu juga, acting para pelakon juga tidak mengecewakan. Almaklumlah kesemua actor yang terlibat sudah mempunyai pengalaman berlakon dalam filem-filem sebegini. Cuma kita tidak dapat melihat Andy Lau melakonkan watak yang mempunyai banyak aksi dalam filem kali ini seperti beliau melakonkan watak-watak polis dalam filem dan dramanya.

Penggunaan dwibahasa iatu English dan Chinese juga sebagai satu langkah bijak dari team produksi. Jika sebelum ini, peminat mengkritik penggunaan bahasa Inggeris dalam filem-filem based dari China dan Jepun, kali ini pihak produksi mencuba sesuatu yang berlainan dengan menggunakan kedua-dua bahasa dalam filem mereka. Storyline kelihatan lebih realisitik dan logik kerana menunjukan originaliti budaya dan bahasa dalam filem berkenaan.

Cuma biasalah, terdapat kontroversi whitewashing pelakon utama. Rata-rata peminat di negara China tidak berpuashati dengan penglibatan actor Hollywood sebagai pelakon utama dan hero penyelamat dalam filem yang menujukkan sejarah negara China. Tapi harus diingat, filem yang dihasilkan adalah dari Hollywood, tapi mereka masih mengekalkan identiti negara asal terutamanya penggunaan bahasa dikalangan karakter-karakter negara tersebut. Malah, mereka juga meletakkan heroin filem dari negara sana. So, tiada isu sebenarnya dalam filem The Great Wall.

Andy Lau dalam respond terhadap isu ini menganggap isu ini tidak besar dan pekara biasa dalam dunia perfileman, malah dia menegaskan, filem ini bukanlah filem historical, tetapi filem fiction. Manakalh pengarah filem menolak pendapat yang dia dipaksa menggunakan aktor Hollywood dalam filem arahanya.

Secara keseluruhannya, The Great Wall sehebat Tembok Besar China, penuh dengan aksi dan kesan CGI yang sangat-sangat mengaggumkan. Walaupun filem epic ini mendapat reaksi negative di negara China dan dikritik teruk gara-gara disebabkan isu pelakon, kami yakin ia akan meletup apabila ditayangkan di US pada tahun hadapan.

Rating 8/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee