The Boy Review

0
504
views

LAUREN COHAN stars in THE BOY Photo: David Bukach © 2015 STX Productions, LLC. All rights reserved.

Bagi peminat filem seram, pastinya korang berpusu-pusu ke panggung wayang untuk menonton filem seram terbaru, The Boy yang mula ditayangkan pada minggu yang lalu. Jika dilihat dari trailer filem berkenaan, The Boy memiliki ciri – ciri filem seram yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem genre berkenaan.

Tidak dinafikan memang terdapat element seram, terkejut dan supernatural dalam filem lakonan bintang The Walking Dead, Lauren Cohan, namun dipenghujung cerita memang sangat mengecewakan dan anda akan rasa seperti hendak menyumpah penulis filem ini. Bayangkan dari filem hantu bertukar menjadi filem psiko / trailer. Makna kata, penulis filem ini berjaya memperbodohkan penonton yang menyangka filem ini adalah filem hantu, padahal sebenarnya tiada hantu yang wujud dalam filem ini, yang wujud hanyalah lelaki gila.

THE BOY

Filem ini sebenarnya mengisahkan Greeta (lakonan Lauren Cohan) yang berhijrah ke England untuk bekerja sebagai pengasuh kepada kanak-kanak sebuah keluarga Inggeris. Setelah ia sampai ke rumah keluarga tersebut, Greeta mendapat, beliau sebenarnya menjaga sebuah anak patung. Menyangkakan pasangan keluarga tersebut gila, dia tidak menurut arahan untuk menguruskan anak patung tersebut sehinggalah dia mendapati terdapat beberapa pekara aneh berlaku disebabkan patung tersebut.

THE BOY

Setelah mendapati patung tersebut hidup, Greeta menurut arahan bertulis yang ditinggalkan oleh pasangan tersebut dan tiada berlaku masalah selepas itu.

Element seram dan terkejut dalam filem ini sememangnya tidak mengecewakan cuma jalan ceritanya agak mengarut terutamanya dibabak akhir filem ini. Bayangkan penonton yang menunggu dari permulaan cerita untuk melihat hantu sebenar disajikan dengan aksi lelaki psiko yang sebenarnya adalah anak kepada pasangan Inggeris tersebut dan tiada hantu pun sebenarnya dalam rumah itu.

Disebabkan jalan cerita yang agak mengecewakan, ia telah menganggu prestasi filem ini, dari segi lakonan dan efek memang terbaik cuma jalan ceritanya yang sangat-sangat mengarut diakhir filem.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here