Terry Crews Berundur Dari Filem The Expendables 4

0
1676
views

Perancangan filem keempat The Expendables mengalami masalah apabila salah seorang pelakonnya, Terry Crews bertindak untuk berundur dari membawakan wataknya dalam filem aksi tersebut.

Terry bertindak demikian selepas dia diugut oleh penerbit filem berkenaan, Avi Lerner yang mahu dia mengugurkan kes serangan seksual terhadap Adam Venit. Avi Lerner memberi kata dua kepada Terry sama ada dia mahu bekerja dipersekitaran yang tidak selesa atau melepaskan kes tersebut. Terry yang tetap dengan pendiriannya bertindak berundur dari terlibat dengan perancangan The Expendables 4.

Pelakon berkenaan menyifatkan ugutan Avi Lerner sebagai “pendera yang melindungi pendera”.

“Abusers protect abusers — and this is one thing I had to decide, whether I was going to draw the line on,” he said. “Am I going to be a part of this or am I gonna take a stand, and there are projects I had to turn down.”

Terry Crew merupakan antara beberapa pelakon lelaki yang berani tampil mendedahkan salah laku seksual beberapa individu penting Hollywood.

Dalam kes beliau, Adam Venit sengaja menyentuh anggota badannya dengan niat “jahat” semasa disebuah majlis yang turut dihadiri isterinya. Sejak pergerakan #MeToo melanda Hollywood, Terry mula memberanikan diri mendedahkan pengalamannya diserang secara seksual oleh individu berpengaruh Hollywood.

Penggambaran The Expendables 4 dijangka akan bermula pada April 2019 manakala tarikh tayangannya masih belum diumumkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here