Terkini!! James Gunn Kembali Mengarahkan Guardians of the Galaxy 3

0
2
views

Berita yang pasti mengembirakan peminat-peminat Marvel terutamanya  mereka yang meminati duologi Guardians of the Galaxy. Deadline melaporkan, pihak Disney telah mengambil kembali pengarah James Gunn untuk menulis dan mengarah filem ketiga Guardians of the Galaxy. 

Menurut laporan itu lagi, presiden Walt Disney Studios, Alan F. Horn telah beberapa kali bertemu dengan James Gunn bagi membincangkan kontroversi pemecatan pengarah tersebut pada Julai yang lalu. Horn menukar keputusan tersebut selepas memujuk James Gunn untuk memohon maaf secara terbuka dan melihat bagaimana pengarah tersebut berhadapan dengan situasi pemecatan itu.

Walaupun Gunn telah mengikat kontrak dengan Warner Bros. dan DC untuk mengarah dan menulis filem terbaru Suicide Squad, Marvel Studios dilihat tidak mahu mencari pengarah lain untuk mengarahkan Guardians of the Galaxy 3. 

James Gunn sebelum ini dipecat oleh Disney selepas kontroversi ‘tweet’ lamanya tular di media sosial. Bagaimanapun, pelakon utamanya iaitu Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper, Vin Diesel, Karen Gillan, Pom Klementieff, Michael Rooker, Sean Gunn dan Bautista tetap memberi sokongan kepada Gunn dan meminta pihak Disney agar mengambilnya semula sebagai pengarah.

Sementara itu, pihak studio dilaporkan akan memulakan projek ketiga Guardians of the Galaxy selepas penggambaran The Suicide Squad selesai.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here