“Terima Kasih Malaysia!” – The Rock

0
81
views

Pelakon utama filem Jumanji: Welcome to the Jungle, Dwayne ”’The Rock’ Johnson telah mengucapkan rasa terima kasih kepada penonton-penonton filem Jumanji di Malaysia kerana menyokong filem lakonannya itu.

Beliau berkata demikan selepas memuatnaik video ucapan terima kasih kepada negara-negara yang menayangkan filem sekuel Jumanji di laman Instagram beliau.

“Ini adalah minggu kedua filem “Jumaji” ditayangkan di Malaysia dan kami sudah pun menjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, ia sesuatu yang cukup menakjubkan untuk filem yang dalam minggu keduanya,” “Saya sayang kamu Malaysia, saya ingin berterima kasih. Teruskan berhibur dengan “Jumanji”.”

Filem terbaru Jumanji: Welcome to the Jungle yang mula ditayangkan pada 21 Disember 2017 di Malaysia telah mengutip RM48.29 juta sehingga 1 Januari 2018. Laporan kutipan tiket itu didedahkan oleh Sony Pictures Malaysia dan menjadikan ia filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Manakala kutipan di seluruh dunia pula menyaksikan filem ini berjaya mengutip USD338.2 juta, berdasarkan statistik dari Box Office Mojo. Ia ditayangkan di Amerika Utara pada 20 Disember yang lalu

Kepada “The Rock” kami disini ingin mengucapkan “you’re welcome!”

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here