Temuan Takdir Raih Dua Anugerah Di Festival Filem Los Angeles 2016

Filem “Temuan Takdir” telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila berjaya membawa pulang dua trofi di Fesitval Filem Los Angeles 2016 (FFAS).

Dipetik dari laman Facebook FINAS, filem tersebut telah merangkul trofi Pengarah Baru Terbaik menerusi Dhyan Vimal dan Skor Asal Terbaik menerusi Krishinthen Shanmugam.

Sebelum ini filem ini juga pernah menerima anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di 2016 Chandler International Film Festival, USA, THEMODCON London Film Festival dan Recognition Award Accolade Global Film Competition USA.

“Temuan Takdri” mengisahkan tentang dua pegawai polis adik-beradik, ACP Roslan dan Inspektor Shariff dalam misi memburu dalang di sebalik rompakan sebuah van keselamatan. Penyiasatan telah membawa mereka menemui rahsia akviti kumpulan yang dianggotai oleh Omar, Faisal dan Vikram yang mana setiap seorang daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon lama dan baru iaitu Dato’ Zahim Albakri, Vanidah Imran, Azura Zainal, Thanuja Ananthan, Ery Zukhairi, Amai Kamarudin dan ramai lagi.

sumber: cinema online

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *