Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

0
584
views

ayda-jebat

Ayda Jebat melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak pengajur majlis yang membabitkan kemunculan bintang realiti televisyen Running Man dari Korea Selatan, Lee Kwang Soo semalam.

Ini gara-gara tindakan salah seorang pegawal keselamatan yang merampas telefon bimbitnya ketika dia mahu bergambar dengan selebirit tersebut. Tindakan pegawai keselamatan tersebut berjaya dirakam dan video insiden tersebut telah menjadi viral dilaman sosial.

Ayda Jebat hadir ke majlis tersebut sebagai duta minuman 100PLUS dan dia bersama-sama 3 selebriti tempatan yang lain iaitu Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen turut berada dilokasi untuk kempen Runningman di Malaysia.

Melalui laman twitternya, Ayda telah mengeluarkan status “You are so damn rude!” merujuk kepada tindakan pengawal keselamatan tersebut.

Ayda bagaimanpun enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaaan. Tetapi peminat sendiri boleh menilai tindakan pengawal berkenaan dan bagaimana mimik muka Ayda berubah selepas telefonnya dirampas.

“Buat masa sekarang saya tak nak komen lebih lanjut. Bukan apa, saya tak nak menambah bara dalam keadaan isu ini tengah panas. Saya difahamkan pihak penganjur dalam proses perbincangan untuk memohon maaf dengan barisan selebriti terbabit”

“Kalau saya bukan artis sekalippun atau peminat, yang berada ditempat saya, mereka tidak sepatutnya berbuat demikian” – Ayda Jebat

Selain itu juga, Saharul Ridzwan pun melahirkan rasa kecewa terhadap pihak penganjur apabila tidak memberikan langsung tempat duduk kepadanya.

https://twitter.com/SaharulRidzwan/status/802477010383577089

Beberapa peminat menyifatkan tindakan krew penganjur terlalu “over react” apabila artis antarabangsa datang ke Malaysia sehinggakan artis tempatan dilayan dengan teruk.

Apa pandangan korang terhadap insiden ini?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here