Teaser Trailer The Angry Birds Movie 2 Telah Dilancarkan

0
15
views

Sony Pictures dan Rovio Entertainment telah melancarkan teaser trailer rasmi filem sekuel The Angry Birds Movie 2. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

The Angry Birds Movies diarahkan oleh Thurop Van Orman dan John Rice manakala skrip ditulis oleh Peter Ackerman. Filem ini mengisahkan tentang King Mudbeard, pemerintah Bad Piggies yang ingin membalas dendam setelah tewas dengan kumpulan The Angry Birds. Bagaimanapun seekor burung berwarna biru, Zeta telah mengancam mereka dengan rancangan jahatnya.

Filem ini disuarakan oleh pelakon-pelakon asal seperti Jason Sudeikis sebagai Red, Josh Gad sebagai Chuck, Bill Hader sebagai Leonard / King Mudbeard, Danny McBride sebagai Bomb, Peter Dinklage sebagai Mighty Eagle dan Leslie Jones sebagai Zeta, penjahat terbaru dalam filem ini.

The Angry Birds Movie 2 akan ditayangkan di Malaysia pada 29 Ogos 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here