Teaser trailer Star Wars : The Last Jedi

Trailer yang sangat dinantikan untuk “Star Wars: The Last Jedi” akhirnya keluar.

Disney dan Lucasfilm mengeluarkan footage ini pada hari Jumaat di Celebration Star Wars di Orlando, Florida. Semasa panel khusus untuk filem yang menampilkan Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy dan  pengarah “The Last Jedi” Rian Johnson.

Loading...

Trailer dibuka dengan Rey di pulau di mana kita melihat Luke dalam “The Force Awakens.”  Teaser ini berdurasi dua minit panjangnya menampilkan beberapa imej yang menakjubkan merentasi skrin layar termasuk topi kaledar dimusnahkan dilapisi dengan bunyi pernafasan Darth Vader. Terdapat juga babak Finn cedera dalam beberapa jenis ‘stasis pod’, latihan Rey di pulau dan Kylo Ren mengacukan Light Saber beliau.

Pada akhir trailer, Lukas mengatakan, “Saya hanya tahu satu kebenaran. Sudah waktunya untuk pengakhiran Jedi” ini menjelaskan tajuk filem ini.

Di dalam trailer, beberapa bintang Star Wars membuat penampilan  termasuk Daisy Ridley, John Boyega dan tambahan baru, Kelly Marie Tran.

“The Last Jedi” merupakan sekuel kepada filem box office 2015 “Star Wars: The Force Awakens”. Rian Johnson menulis dan mengarahkan filem yang dibintangi oleh Mark Hamill, Adam Driver, Daisy Ridley, Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie dan Andy Serkis. Bintang baru termasuk Benicio del Toro, Laura Dern dan Kelly Marie Tran.

Film ini juga dibintangi Carrie Fisher yang meninggal dunia pada 27 Disember Meskipun Fisher pada awalnya diharapkan muncul dalam episode kesembilan juga. Lucasfilm mengumumkan bahawa tiada sebarang perancangan untuk mencipta beliau secara digital di dalam filem-filem Star Wars akan datang. Fisher selesai melakukan penggambaran babaknya sebelum beliau meninggal dunia.

Star Wars : The Last Jedi dijadualkan akan ditayangkan pada 15 Disember 2017.

 

Post Author: Natasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *