Teaser Trailer Joker Telah Dilancarkan

0
2
views

Studio Warner Bros. telah melancarkan teaser trailer pertama filem mengenai ‘villain’ terkenal komik DC iaitu Joker. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an dan ia mengisahkan tentang pengenalan awal karakter villain paling terkenal komik DC iaitu Joker.

Joker diarahkan oleh Todd Philips yang turut menjadi penulis bersama, manakala Martin Scorsese akan bertindak selaku penerbit. Projek terbaru ini akan menelan belanja sebanyak $55 juta dolar.

Aktor filem Gladiator, Joaquin Phoenix membawakan watak utama iaitu Joker. Filem ini juga turut dibintangi Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron. Joker kini dalam pengambaran di New York dan Warner Bros. serta DC Entertainment telah menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 4 Oktober 2019.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here