Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Trailer Filem Suatu Ketika Telah Ditayangkan


Sebuah lagi naskah berkualiti dari anak tempatan akan menemui penonton tidak lama lagi.  Suatu Ketika, sebuah filem terbitan studio Kash Pictures merupakan sebuah lagi filem tempatan yang akan memberi inspirasi kepada penonton akan kepentingan perpaduan dikalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Suatu Ketika diarahkan oleh Prakash Murugiah, manakala para pelakonnya pula terdiri daripada Nam Ron (Pelakon Lelaki Terbaik FFM29), Pekin Ibrahim serta beberapa pelakon kanak-kanak yang menjadi watak utama dalam filem ini.

Filem ini akan diedarkan oleh GSC Movies dan dijangka akan menemui penonton di seluruh negara pada awal tahun 2018.

Filem Suatu Ketika akan berlatarbelakangkan zaman 50an. (Sumber gambar: Cinema Online)

Sinopsis

Filem Suatu Ketika merupakan sebuah cerita yang berlatarkan era 1950an tentang persahabatan, perpaduan dan mengejar impian. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan budak-budak kampung dari Sekolah Ujong Pasir, yang terdiri daripada golongan anak-anak miskin yang bertanding dalam pertandingan bola sepak anjuran pihak British. Berbekalkan semangat dan kecekalan hati mereka menempuh segala rintangan yang mereka hadapi kerana ingin berjaya.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee