Teaser Terbaru New Mutant Menampilkan Magik & Dani Moonstar

0
224
views

Fox telah melancarkan teaser terbaru filem The New Mutants yang menampilkan karakter Magik dan Dani Moonstar menerusi laman Twitter rasmi filem berkenaan. Anda boleh lihat dua teaser terbaru New Mutant dibawah.

Filem superhero terbaru Fox itu bukanlah seperti filem-filem superhero yang lain yang menjanjikan aksi-aksi pertempuran diantara superhero dan supervillain. Tetapi sebaliknya bergenrekan filem seram, konsep yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana filem superhero.

Fox kini giat mempromosikan filem superhero terbaru mereka ini menerusi media-media sosial seperti dilaman Twitter. Sebelum ini mereka telah melancarkan sebuah teaser yang memberi hint mengenai kisah lampau karakter-karakter dalam filem tersebut.

Filem The New Mutants arahan Josh Boone ini dibintangi oleh  Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, dan Alice Braga, manakala Josh Boone bersama-sama Knate Lee telah bertindak selaku penulis lakonlayar.

The New Mutants akan mula ditayangkan 13 April 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here