Teaser Hantu Wangan Telah Dilancarkan, Anda Boleh Tontonnya Disini

0
565
views

Aifa Motion Pictures telah melancarkan teaser trailer filem terbaru Hantu Wangan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Anda boleh tonton teasert trailer tersebut dibawah.

Diarahkan oleh Ahmad Idham, Hantu Wangan bakal menampilkan pelawak yang juga ahli kumpulan Bocey, Acey sebagai teraju utama. Beliau akan dibantu oleh beberapa pelakon antaranya Cat Farish, Risteena Munim, Ruminah Sidek, Nor Albaniah.

Hantu Wangan mengisahkan Kintang Kintung (lakonan Acey), seorang yang suka berlumba kereta secara haram di sebelah malam.

Sering meraih kemenangan dalam perlumbaan kereta membuatkan Kintang berjaya dilantik menjadi duta. Suatu malam, ketika menyertai perlumbaan kereta, Kintang terlanggar seorang perempuan sehingga mati. Sejak itu dia hilang semangat untuk berlumba dan sering diganggu kejadian mistik.

Filem bergenre seram romantik ini bakal menemui penonton pada 22 Mac 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here