Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Tasha Shilla Bawa Dua Karakter Dalam Drama Air Mata Syurga


Pelakon sensasi Tasha Shilla bakal muncul dengan drama terbaru lakonnnya berjudul Air Mata Syurga terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd. Dalam drama tersebut, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak akan menggalas dua watak berbeza iaitu sebagai Tasha dan Fasha.

“Ketika ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini saya terlebih dahulu membaca sinopsis “Air Mata Syurga” dan selepas itu terus saya hubungi penulis skrip untuk tahu apa yang digambarkannya untuk watak ini.

“Sebab dua watak berbeza untuk dilakonkan telah lama saya nantikan. Antara cabaran untuk 30 episod ini adalah saya memerlukan persiapan tenaga dan mental yang kuat,” ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Selain itu, pelakon “Bravo 5” ini turut berterima kasih kepada pengarah/pelakon Elly Suriaty dan pelakon-pelakon senior yang banyak membantunya dalam menjiwai watak itu.

Sumber: Cinema Online



Related posts

“One Dollar Lawyer” Cipta Rekod Peribadi Pada Episod Terbaru

Kakimuvee

“Hadiah Dari Tuhan” Papar Realiti Kehidupan Sewaktu COVID-19

Zulaikha

Kampung People 2 Kembali Menghiburkan Anda! Saksikan Secara Percuma Di iQIYI Malaysia

Zulaikha

Adibah Noor Kongsi Gambar ‘Teaser’ KAMPUNG PEOPLE Musim Kedua

Is Mohd

Mira Filzah Bawa Watak Kembar Dalam Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

Zulaikha

Drama DAYANG SENANDUNG Dituduh Rasis? Ini Penjelasan Penerbit

Kakimuvee