Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Terminator 6 Telah Ditetapkan



Pengarah filem keenam Terminator, Tim Miller telah menetapkan tarikh tayangan filem itu adalah pada 26 Julai 2019. Berita terbaru itu dilaporkan oleh laman web The Hollywood Reporter. Arnold Schwarzenegger dan Linda Hamilton juga dilaporkan akan kembali dalam filem ini, manakala James Cameron akan bertindak sebagai penerbit.

Perkembangan lain juga menyebut, Terminator 6 akan menyambung filem Terminator 2: Judgement Day dan tidak akan mengambil kira timeline filem sebelum ini iaitu Terminator: Genisys. Cuma difahamkan karakter wanita utama untuk filem akan datang adalah dikalangan pelakon muda, jadi kemungkinan peranan Linda Hamilton dalam filem tersebut mungkin sekadar watak pembantu.

Tim Miller dan James Cameron akan menulis filem ini disertai beberapa penulis lain antaranya David Goyer, Charles Eglee, Josh Friedman dan Justin Rhodes.

Selepas kegagalan filem Terminator Genisys, Arnold dilaporkan enggan berlakon lagi dalam franchise tersebut kerana kecewa dengan prestasi filem kelima. Namun dia menarikbalik hasratnya apabila James  Cameron mengumumkan akan mengambilalih pembikin filem Terminator seterus dan memberitahu yang filemnya nanti tidak akan bersambung dari filem Terminator Genisys.

Kepada peminat Terminator, apa harapan anda tentang sekuel terbaru ini nanti?



Related posts

Ancaman AI, James Cameron Telah Beri Amaran Pada 1984, Tapi Ramai Tidak Mahu Dengar

Kakimuvee

James Cameron Sahkan Sekuel Alita: Battle Angel Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Jon Landau Kongsi Gambar Belakang Tabir ‘Avatar 3’

Kakimuvee

Avatar 3, 4, & 5 Ditunda, Disney Dedah Tarikh Baharu

Kakimuvee

James Cameron Sedang Menghasilkan Filem Baharu ‘Terminator’, Akan Diinspirasikan Dari Teknologi ‘AI’

Kakimuvee

Sensasi Global “Avatar: The Way of Water” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada Jun Ini.

Kakimuvee