Tarikh Tayangan Godzilla vs. Kong Dianjak Lebih Awal

0
14
views

Susulan studio Universal Pictures menukar tarikh tayangan Fast and Furious 9 ke 22 May 2020, Warner Bros. mengambil langkah selamat dengan menukar tarikh filem Godzilla Vs Kong dari 22 May ke 13 Mac 2020.

Pertukaran tarikh itu dibuat bagi mengelakkan pertembungan dua filem ‘blockbuster’ itu. Setakat ini, tiada filem ‘blockbuster’ yang ditayangkan pada tarikh tersebut. Tarikh tersebut sebelum ini merupakan tarikh tayangan filem spin-off X-Men iaitu Gambit. Tetapi peralihan aset Fox ke Disney menyaksikan filem Gambit masih dalam status quo.

Godzilla Vs Kong diarahkan oleh Adam Wingard manakala skrip ditulis Terry Rossio. Filem ini dibintangi oleh Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry dan beberapa pelakon lain.

Godzilla vs Kong kini dalam fasa penggambaran dan dijangka akan selesai dalam bulan ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here