Tarikh Tayangan Filem Korea Be With You Telah Diumumkan

0
386
views

 

Filem Be With You telah menjadi perhatian peminat-peminat filem Korea kerana ia melibatkan dua pelakon terkenal iaitu So Ji Sub dan Son Ye Jin. Malah filem ini juga diadaptasikan dari novel popular karya Takuji Ichikawa yang berjudul “Ima, Ai ni Yukimasu”.

Be With You merupakan kedua yang diadaptasikan dari novel karya Takuji Ichikawa dimana filem pertama dihasilkan pada tahun 2004 oleh produksi Jepun dengan tajuk yang sama. Diarahkan oleh  Lee Jang-Hoon, filem ini telah memulakan penggambaran pada Ogos 2017 dan selesai pada November 2017.

Baru-baru ini, pihak studio telah mengumumkan, Be With You akan mula menemui penonton pada 14 Mac 2018

Selain So Ji Sub dan Son Ye Jin, filem ini turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Lee Joon Hyuk (“Along with the Gods: The Two Worlds”), Lee Yoo Jin (“Age of Youth” season 2) dan Kim Hyun Soo (“Solomon’s Prejury”).

Be With You bakal mengisahkan Woo-Jin (So Ji-Sub) yang menjaga anaknya lelakinya, Ji-Ho (lakonan Kim Ji-Hwan) seorang diri selepas kematian isterinya, Soo-A (lakonan Son Ye-Jin). Sebelum meninggal dunia, isterinya telah berjanji yang beliau akan datang kembali satu tahun akan datang dikala waktu hujan.

Selepas setahun berlalu, seorang wanita mirip Soo-A telah muncul, dan dia tidak mengingati apa-apa.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here