Tarikh Tayangan Fast & Furious 9 Di Tunda ke Tahun 2020

Universal Pictures mengambil keputusan untuk menukar tarikh tayangan filem kesembilan franchise Fast & Furious dari tarikh 19 April 2019 ke 10 April 2020. Punca studio berkenaan menukar tarikh berkenaan tidak diketahui, tetapi mungkin disebabkan perancangan mereka untuk hasilkan filem spinoff yang melibatkan karakter Luke Hobbs dan Deckard Shaw yang dibintangi oleh Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Jason Statham.

Filem spinoff berkenaan kini dikatakan sedang dalam proses pembangunan dan bakal memasuki proses penggambaran tidak lama lagi.

Sebelum ini, salah seorang aktor filem Fast & Furious, Tyrese Gibson pernah meluahkan perasaannya di Instagram agar filem Fast 9 tidak ditangguhkan semata-mata mahu memberi laluan kepada filem spinoff yang bakal dibintangi oleh Dwayne Johnson. Dengan perkembangan terbaru ini, kemungkinan tarikh tayangan Fast 9 ditukar disebabkan untuk memberi laluan kepada filem Spin off itu.

filem spinoff Hobb kini dalam proses pembangunan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi

Filem kelapan, The Fate of the Furious telah berjaya mengutip lebih $1 billion seluruh dunia dengan $225.7 juta dikutip di negara sendiri manakala $1.013 billion dari pasaran antarabangsa. Setakat ini, filem kesembilan masih belum mempunyai pengarah dan proses pengambaran masih belum bermula.

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *