Tarikh Tayangan Deadpool & The New Mutants Ditukar

0
384
views

Tiga filem Marvel keluaran 20th Century Fox telah ditukar tarikh tayangan menurut laporan dari laman web The Hollywood Reporter. Tiga filem yang dimaksudkan adalah filem kedua Deadpool yang masih belum mempunyai tajuk, The New Mutants dan Gambit.

Filem Deadpool 2 dianjak dua minggu lebih awal dari tayangan asal 1 Jun 2018 kepada 18 May 2018. Filem antihero itu akan bersaing dengan filem seram, Slender Man dan seminggu lebih awal dari filem spinoff Star Wars, Solo: A Star Wars Story.

Sementara itu, filem The New Mutants mengalami pertukaranya yang cukup drastik apabila ditangguh selama 10 bulan dari tarikh tayangannya yang sepatutnya pada 13 April 2018. Tarikh terbaru filem tersebut kini ditetapkan pada 22 Februari 2019.

Filem Gambit yang beberapa kali tertangguh turut mengalami pertukaran tarikh apabila ditukar tarikh 14 Februari 2019 ke 7 Jun 2019.

Hanya filem X-men: Dark Phoenix yang tidak mengalami pertukaran tarikh dan kekal pada tarikh tayangan 2 November 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here