“Tak Salah Saya Pakai Tajuk Itu” – Ahmad Idham

0
18
views

Persengkataan antara pengarah Ahmad Idham dan Pekin Ibrahim terjadi lagi sejak tersebarnya sebuah gambar yang memaparkan kulit depan filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Hantu Wangan. Tajuk filem terbaru pengarah Pencuri Hati Mr. Cinderella ini dikatakan mempunyai tajuk yang hampir serupa dengan tajuk filem terbaru Pekin yang berjudul KL Wangan.

Bagi pengarah Ahmad Idham, isu tersebut tajuk sama bukan satu masalah baginya kerana tajuk yang digunakan oleh mana-mana pihak selagi ia tidak dipatenkan dan tidak dimiliki oleh siapa-siapa.

“Saya tidak meniru mana-mana pihak, tak salah pun saya pakai tajuk itu kerana ia bukan kepunyaan siapa-siapa selagi ia belum dipatenkan. “Kalau nak kira begitu, tajuk ‘Hantu’ pun saya tak boleh sebab abang Mamat Khalid dah buat “Hantu Kak Limah” – Ahmad Idham

Malah menurut pengarah itu lagi, Pekin tidak perlu bimbang kerana kedua-dua filemnya dan pengarah muda itu berbeza genre yang mana “Hantu Wangan” adalah seram, manakala “KL Wangan” filem aksi.

Pekin dan Ahmad Idham pernah bersengketa sebelum ini apabila Ahmad Idham menghasilkan sebuah filem yang bergenre dan bertajuk yang sama iaitu Mat Motor pada awal tahun lepas. Malah kedua-dua filem tersebut ditayangkan dalam tempoh beza sebulan sahaja. Disebabkan itu, Pekin mengambil keputusan dengan menambah tajuk filemnya dari Mat Moto kepada Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit setelah kedua-dua pengarah enggan menukar tajuk filem masing-masing.

Filem terbaru Ahmad Idham akan datang akan mengisahkan sekumpulan remaja yang menyesal dengan perbuatan mereka dengan lumba haram apabila terlibat dalam kemalangan.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here