Tajuk Rasmi Filem Pacific Rim 2 Telah Didedahkan

0
621
views

Pacific Rim 2

Pembikinan filem sekuel Pacific Rim 2 telah mengalami beberapa masalah sehingga menyebabkan kelewatan produksi filem. Ini kerana, pengarah dan penulis asal untuk filem sekuel ini, Guillermo de Toro telah menarik diri dari mengarahkan filem ini.

Ini menyebabkan pihak produksi mengambil pengarah tv siri Daredevil musim pertama, Steven S. DeKnight sebagai caretaker untuk mengarahkan sekuel ini.

Produksi filem ini terpaksa dimulakan semula dengan skrip telah diubah sedikit. Bintang filem Star Wars: Episode VII – The Force Awakens, John Boyega telah diambil membintangi filem ini dan membawa watak anak kepada karakter Stacker Pentecost dari filem pertama Pacific Rim.

Update terbaru mengenai perjalanan filem ini, Boyega mendedahkan tajuk yang bakal digunakan dalam sekuel kali. Menerusi laman sosial Boyega, dia mengambil screenshoot muka depan skripnya yang menunjukan tajuk Pacific Rim: Maelstrom

Spesifik plot dan jalan cerita untuk untuk filem ini masih disimpan rapi oleh pihak produksi dan tidak diketahui samada pengarah baru DeKnight akan meneruskan plan pengarah asal de Toro atau mengubah perjalanan cerita. Kemungkinan ada perubahanan dari segi storyline filem memandangkan skirp asal telah diolah.

Mengikut plan asal yang dibuat oleh de Toro, Dr. Newton Geiszler (obses kepada Kaiju) telah berubah watak menjadi seorang antagonis. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam pengambaran Pacific Rim: Maelstrom ini kebanyakkan adalah pelakon baru. Charlie Hunnam yang membawa karakter Raleigh Becket tidak berlakon kerana masalah jadual kerja manakala status Rinko Kikuchi yang membawa watak Mako Mori juga tidak diketahui.

Antara pelakon baru yang menyertai Boyega adalah  Scott Eastwood (Suicide Squad), penyanyi Cailee Spaeny, Jian Tian , Levi Meaden dan Adria Arjona.

Pacific Rim sebelum ini telah mencetuskan fenomena apabila penonton tertarik dengan filem yang menujukan robot bertarung menentang raksasa. Diharap  Pacific Rim: Maelstrom dapat meneruskan momentum walaupun dibintangi pelakon baru dan penarikan diri pengarah asal sehinggakan pihak produksi terpaksa mengambil pengarah gantian dan mengubah perjalanan storyline filem.

Pacific Rim: Maelstrom bakal ditayangkan pada 23 Februari 2018

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here