Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tajuk dan Trailer Avengers 4 Telah Didedahkan!


Penantian yang cukup lama buat peminat Marvel. Selepas lama menunggu, akhir Marvel Studio mengeluarkan trailer pertama Avengers 4. Menerusi trailer itu juga, ia turut mendedahkan tajuk filem keempat Marvel itu, Avengers: Endgame. Anda boleh tonton trailer Avengers: Endgame dibawah.

Selepas mereka tewas dengan Thanos dan menyaksikan hampir separuh kehidupan di seluruh galaksi lenyap, Saki baki anggota Avengers perlu mencari jalan untuk menewaskan Thanos dan memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh penjahat terhebat galaksi itu.

Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, Avengers 4 dibintangi oleh Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Jon Favreau, Brie Larson, Karen Gillan, Gwyneth Paltrow, Evangeline Lilly, Katherine Langford serta Josh Brolin. Ia turut menampilkan Paul Rudd sebagai Ant-Man dan Jeremy Renner sebagai Ronin yang sebelum ini tiada dalam filem Avengers: Infinity War. 

Avengers: Endgame akan ditayangkan pada April tahun hadapan.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee