Tajuk Avengers 4 Mungkin Didedahkan Selepas Infinity War?

0
196
views

Selain plot filem Avengers: Infinity War yang disimpan rapi oleh Marvel Studios, tajuk filem sambungannya, Avengers 4 juga turut menjadi ke’rahsia’an sehinggakan peminat tertanya-tanya apakah tajuk filem berkenaan.

Sehinggakini tiada ‘hint’ apakah tajuk yang bakal diberikan kepada filem berkenaan, namun pengarahnya, Anthony dan Joe Russo memberikan sedikit berita yang mungkin mengembirakan peminat-peminat filem Marvel.

Menurut laman web Movieweb.com, kedua-dua pengarah tersebut memberitahu bahawa tajuk filem Avengers 4 mungkin akan didedahkan dalam masa terdekat ini, cuma mereka tidak boleh memberitahunya sekarang kerana ia mengandungi ‘spoiler’ untuk filem Avengers: Infinity War.

“Not for quite some time”, We’re excited to tell people.” – Russo Brothers

Memandangkan filem Avengers: Infinity War akan ditayangkan dalam 9 hari lagi, dijangkakan kedua-dua pengarah tersebut akan mengumumkan tajuk rasmi filem Avengers 4 sejurus selepas tayangan filem Infinity War tamat.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, kita sabar menanti apakah tajuk yang bakal diberikan kepada filem yang akan menyambung kisah dari Avengers: Infinity War, buat masa ini kita cuma boleh berspekulasi apakah tajuk yang bakal diberikan. Agak-agak anda apakah tajuk rasmi Avengers 4 nanti? kongsikan diruangan komen.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here