Pernahkah Disney Hasilkan Filem R-Rated?

0
63
views

Pernah tak anda bayangkan, menonton sebuah filem yang ganas, ‘dark’ dan penuh dengan darah, lebih-lebih lagi filem tersebut adalah filem superhero seperti Deadpool tetapi apabila melihat studio yang menerbitkannya adalah Walt Disney Studios, pelik bukan? sebuah studio filem yang hasilkan filem yang sesuai untuk semua peringkat umur menerbitkan filem yang boleh dikelaskan sebagai R-Rated.

Walt Disney Studios sebenarnya tidak akan sekali-kali menerbitkan filem-filem seperti itu kerana ia bertentangan dengan polisi, brand dan sasaran audience mereka. Malah label Disney sahaja sudah sinonim dengan karakter-karater yang begitu dekat dengan jiwa kanak-kanak seperti Mickey Mouse dan Winnie the Pooh.

Walaupun begitu, Disney seperti studio-studio lain, ingin juga hasilkan filem-filem yang sasaran penontonnya dari golongan orang dewasa. Jadi disebabkan itu, mereka menubuhkan anak syarikat Touchstone Films (kini dikenali sebagai Touchstone Pictures) pada tahun 1984. Syarikat tersebut telah dijadikan ‘proksi’ oleh Disney untuk menerbitkan filem-filem yang diklasfikasikan sebagai R-Rated.

Filem R-Rated pertama yang diterbitkan oleh Touchstone Film berjudul Down and Out in Beverly Hills pada tahun 1986 dan ia secara tidak langsung menjadi filem R-Rated pertama Walt Disney Studios. Sejak daripada itu, Touchstone telah menerbitkan 9 filem R-Rated antaranya, Pretty Woman (1990), Con Air (1997), Starship Troopers (1997), dan Enemy of the State (1998). Kesemuanya diedarkan oleh Buena Vista Pictures Distribution yang kini dikenali sebagai Walt Disney Studios Motion Pictures.

Selain itu juga, Disney pernah memiliki dua studio ini iaitu Miramax dan Dimension Films dan kedua-dua anak syarikat Disney itu telah menghasilkan lebih kurang 20 filem r-rated antaranya Pulp Fiction (1994), Kill Bill Vol 1 & 2 (2003 & 2004), The English Patient (1996), From Dusk Till Dawn (1996), The Faculty (1998), trilogi Scream (1996,1997,2000), The Amityville Horror (2005) dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun Miramax dan Dimension Film telah dijual oleh Disney kepada syarikat lain, Manakala Touchstone Films pula mengalami masalah di awal tahun 2000, lebih-lebih lagi selepas kejayaan filem PG-13 pertama Disney, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl yang menggunakan label Walt Disney Pictures secara langsung. Sejak dari itu, Disney membuat keputusan untuk menggunakan brand Disney itu sendiri dalam penerbitan filem dan mula menyisihkan Touchstone.

Walaupun mereka cuba menyisihkan Touchstone, Disney masih mengekalkan anak syarikatnya itu dalam penerbitan filem-filem R-Rated dan PG-13. Pada tahun 2006, Disney telah menghadkan penerbitan filem dari anak syarikatnya itu disebabkan peningkatan kos industri filem. Pada tahun 2016, filem berkenaan tidak aktif sepenuhnya walaupun ia masih dimiliki oleh Disney

Jika Disney berjaya membeli 20th Century Fox dan mendapatkan kembali karakter-karakter Marvel yang kini dibawah penguasaan Fox. Apakah nasib filem R-Rated seperti Deadpool?

Jika Disney berjaya membeli aset 21st Century Fox iaitu division filem syarikat multinasional itu, ia secara tidak langsung akan memulangkan karakter-karakter Marvel seperti X-Men dan Fantastic Four kepada salah satu anak syarikat Walt Disney Studios iaitu Marvel Studios. Disebalik berita gembira melihat karakter-karakter Marvel pulang ke pangkuan asal pemiliknya, ia akan menimbulkan sedikit kegusaran dikalangan peminat filem r-rated superhero seperti Deadpool – adakah filem berkenaan akan di ‘downgrade’kan ke PG-13 sekurang-kurangnya?

Berdasarkan kenyataan dari Boss Disney, Bob Iger – mereka menegaskan bahawa Marvel Studios tidak akan hasilkan filem r-rated superhero seperti Deadpool yang diterbitkan oleh 20th Century Fox. Jadi kemungkinan besar – jika karakter-karakter ini dipulangkan (selepas Disney berjaya membeli Fox) ke pangkuan Marvel, peminat superhero terpaksa korbankan keinginan mereka untuk melihat aksi-aksi r-rated dalam filem superhero Marvel. Peminat dapat melihat X-Men dan Avengers bersama tetapi mereka tidak akan dapat melihat r-rated filem supehero.

Melainkan jika filem r-rated superhero mampu memberi pulangan besar kepada Disney, mereka mungkin boleh memberikan kebebasan kepada Marvel Studio untuk hasilkan filem-filem R-Rated sepertimana Disney berikan kepada Touchstone sebelum ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here