Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Syamsul Yusof Sebak Trailer Munafik 2 Mendapat Sambutan


Selepas 24 jam dilancarkan, trailer filem seram terbaru arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 telah menerima 2 juta tontonan di Facebook dan YouTube selepas dimuatnaik. Menurut laporan dari Harian Metro, pengarah tersebut sebak melihat sambutan luar biasa dari para peminat yang sememangnya menantikan tayangan sekuel filem seram ini.

“Sambutan diterima bukan saja di YouTube yang berjaya mencatat lebih 80,000 tontonan tetapi turut boleh ditonton di Facebook yang kini sudah mencecah 2 juta tontonan.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan sangat bersyukur kerana tidak menyangka mendapat sambutan sebegini hebat daripada peminat tempatan dan luar negara,” katanya gembira.

Disebabkan sambutan itu juga, dia akui gementar kerana pastinya sudah meletak harapan yang sangat tinggi kepada penonton kelak. Selain itu juga, trailer filem ini turut mendapat maklumbalas positif dari peminat tempatan dan luar negara terutama dari Indonesia.

Filem pertama yang berjudul Munafik pernah mendapat lebih 15,000 tontonan ketika ditayangkan di beberapa pawagam Indonesia pada 2016. Malah filem ini pernah menduduki tangga teratas kutipan paling tinggi filem tempatan .


Selain Syamsul, filem seram Munafik 2 yang bakal ditayangkan 30 Ogos ini, turut menampilkan Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi, Mawi dan ramai lagi.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee