Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Stuntman Siri TV The Walking Dead Mati Akibat Kemalangan Di Set Pengambaran


Stuntman untuk siri TV popular, The Walking Dead dilaporkan telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya beberapa hari yang lalu semasa sesi pengambaran untuk musim kelapan siri berkenaan.

John Bernecker dilaporkan terjatuh dari ketinggian 30 kaki selepas hilang imbangan badan semasa melakukan latihan untuk aksi babak berlawan. John mengalami kecederaan parah dikepala segera dibawa ke hospital dan diletakkkan di unit rawatan rapi selama beberapa hari sebelum doktor memutuskan untuk menghentikan mesin bantuan hayat kerana disahkan mati otak.

Akibat dari insiden terbabit, sesi pengambaran musim kelapa The Walking Dead telah dihentikan sementara bagi memberi peluang pihak berkuasa menyiasat insiden terbabit dan tempoh masa penangguhan sesi pengambaran belum lagi diputuskan oleh pihak produksi.

John Bernecker yang berumur 33 tahun telah melakukan 92 aksi stuntman termasuklah untuk beberapa filem besar seperti Green LanternBattleshipThe Fate of the FuriousGoosebumpsLogan, dan filem Marvel akan datang, Black Panther


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee